Wednesday, December 7, 2011

Klasifikasi Lesen (Untuk maklumat sahaja)

Kelas   Keterangan
A         - Kenderaan orang cacat
B         - Motosikal (Perseorangan)
B1       - Motosikal (Perseorangan) tidak melebihi 500c.c
B2       - Motosikal (Perseorangan) tidak melebihi 250c.c
C         - Motosikal Roda Tiga
D         - Motokar - berat tanpa muatan tidak melebihi 3000kg
E         - Motokar Berat - berat tanpa muatan tidak melebihi 7500kg
E1       - Motokar Berat - bersendi atau berat kejur berat tanpa muatan tidak melebihi 7500kg
E2       - Motokar Berat - bersendi atau berat kejur berat tanpa muatan tidak melebihi 5000kg
F         - Traktor Ringan - jentera bergerak ringan (Beroda) berat tanpa muatan tidak melebihi 5000kg
G        - Traktor Ringan - jentera bergerak ringan (Berantai) berat tanpa muatan tidak melebihi 5000kg
H        - Traktor Berat - jentera bergerak berat (Beroda) berat tanpa muatan tidak melebihi 5000kg
I         - Traktor Berat - jentera bergerak berat (Berantai) berat tanpa muatan tidak melebihi 5000kg


Institut Memandu Kota Gading hanya menawarkan Kelas B2 & D* 

Pengenalan Kepada Jenis-Jenis Lesen

1) Learning Driving License (LDL) / Lesen Belajar Memandu
    - Membenarkan pemegang lesen mengendalikan kereta atau motosikal yang mempamerkan stiker 'L'
    - Bagi pemegang lesen 'L' motosikal, mereka dibenarkan menunggang motosikal tanpa pembonceng.
    - Lesen boleh diperbaharui setiap 3 atau 6 bulan dengan tempoh maksimum 2 tahun.
    - Selepas tempoh 2 tahun tamat, pemegang lesen 'L' perlu mengulangi prosedur pelajaran memandu semula


2) Probationary Driver's License (PDL) / Lesen Memandu Percubaan
    - Pemandu percubaan diwajibkan melekatkan stiker 'P' pada bahagian hadapan dan belakang kenderaan
    - Lesen percubaan akan dinaiktaraf kepada lesen kompeten (CDL) selepas 2 tahun.


3) Competent Driver's License (CDL) / Lesen Memandu Kompeten
    - Lesen memandu boleh diperbaharui setiap 1,2,3 dan 5 tahun
    - Stiker 'P' tidak lagi wajib dilekatkan pada kenderaan.


4) Public Service Vehicle (PSV) / Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam
    - Pemohon memiliki lesen CDL
    - Memegang lesen memandu Kelas D bagi tempoh setahun sebelum dibenarkan memohon.
    - Contoh kenderaan : Bas, teksi, kereta sewa


5) Goods Driver's License (GDL) / Lesen Kenderaan Barangan


    - Pemohon memiliki lesen CDL
    - Memegang lesen memandu Kelas D bagi tempoh setahun sebelum dibenarkan memohon.
    - Contoh kenderaan : Lori


6) International Driving Permit (IDP) / Permit Memandu Antarabangsa
    - Pemegang permit memiliki lesen CDL
    - Membolehkan pemandu Malaysia memandu di mana jua di dunia

Proses Pengambilan Lesen

A) Pendaftaran
     - Dokumen diperlukan : - 
        i) Salinan Mykad Calon / Pasport
       ii) 2 keping gambar berukuran pasport untuk Lesen 'L'
      iii) Salinan CDL / PDL* bagi calon yang ingin tambah Lesen
     - Mengisi maklumat peribadi yang lengkap, mengenalpasti kursus yang ingin diambil dan kod agen yang betul
*CDL - Competent Driver's License
  PDL - Probationary Driver's License


       iv) Bayaran deposit sebanyak RM60.00 akan dikenakan semasa mendaftar.
      
B) Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP)
     - Kelas dijalankan selama 5 jam oleh tutor berdasarkan piawai JPJ
     - Juga dikenali sebagai Sijil JPJL2A
     - Tempoh sah untuk kursus KPP ialah 1 tahun
     - Sebelum kelas bermula, pengimbasan cap jari di kaunter pendaftaran (untuk rekod kehadiran) & Ujian Buta Huruf
     - Selepas kelas berakhir, pengimbasan cap jari di kaunter (menandakan kehadiran penuh calon) & tutor menandatangani Sijil KPP dan Sijil Buta Warna calon untuk rekod JPJ
     B1) Bahagian I - Ujian Undang-Undang Berkomputer
     - Bagi calon yang telah menghadiri Kursus KPP, peringkat seterusnya adalah ujian undang-undang berkomputer
     - Slip keputusan ujian akan diberikan kepada calon bagi tujuan pendaftaran bengkel
     - Sekiranya gagal, calon dikehendaki menduduki semula ujian tersebut
     - Tempoh sah ujian Bahagian I (Ujian Undang-Undang Berkomputer) ialah 2 tahun.


C) Bengkel (JPJL2B)
     - Calon akan melalui kursus bengkel selama 6jam selepas lulus Bahagian I (Ujian Undang-Undang Berkomputer)
     - Bengkel dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu : -
        a) 1jam 30minit teori di dalam bilik kuliah
        b) 1jam 30minit amali di luar bilik kuliah
        c) 3jam di litar
     - Setelah selesai Sijil Kehadiran Bengkel akan diserahkan kepada calon dalam masa 3-4 hari bekerja
     - Senarai nama calon akan diserahkan kepada JPJ untuk pempprosesan lesen 'L'
*JPJ - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia


D) Lesen 'L'*
     - Selepas Lesen 'L' dikeluarkan, calon dibenarkan berlatih memandu kereta didalam dan luar litar dengan pemerhatian tutor.
     - Tempoh sah Lesen 'L' 3 bulan dan boleh diperbaharui dengan kos tambahan oleh calon sendiri.
*L - Learner a.k.a LDL (Learner Driving License)


E) Latihan Amali Memandu 8jam
     - Tutor akan merekodkan masa belajar didalam 'Jadual Waktu Belajar Memandu'
     - Sebelum memulakan latihan, Borang Sm4 Rekod Pengajaran Memandu hendaklah diisi oleh calon
     - Borang Sm4 Rekod Pengajaran Memandu hendaklah ditandatangani oleh calon selepas berlatih.


F) Penilaian Memandu (Q.T.I / Pra-Ujian)
     - Prestasi calon yang mengambil bahagian anak dinilai selama 2jam oleh pengajar kerkelayakan 'Q.T.I'
     - Borang Penilaian Ujian Memandu akan diisi oleh pengajat 'Q.T.I semasa sesi penilaian.
     - Bagi calon yang lulus, nama mereka akan diserahkan untuk ujian JPJ.


G) Ujian JPJ
     - Pada hari ujian JPJ, calon akan dimaklumkan dengan laluan jalan yang telah ditetapkan oleh JPJ.
     - Calon yang lulus akan diberi Lesen 'P' dalam masa 2  minggu selepas ujian.
     - Calon yang gaagal perlu menduduki semula ujian JPJ dengan membayar kos yang berkaitan sahaja.
*P - Probationary


H) Lesen 'P'
     - Tempoh sah Lesen 'P' adalah 2 tahun
     - Selepas mendapat Lesen 'P', pemegang lesen diwajibkan :-
       a) sentiasa membawa Lesen 'P' ketika memandu
       b) mempamerkan stiker 'P' (Ukuran JPJ) dihadapan dan belakang kenderaan.
       c) sentisa memastikan kadar alkohol dalam darah, pernafasan dan air kencing =0.00

Thursday, October 6, 2011

Jadual Kursus di IMKG

1) Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) 
  - Setiap Ahad 9:30am-3:00am


2) Ujian Buta Warna (15 minit jer)
- Semasa hadir KPP

3) Latihan Asas Bengkel Kereta & Motosikal (3 jam ; 1jam 30minit teori, 1jam 30minit amali)  
    - Setiap Sabtu & Ahad

4) Latihan Asas Amali Kereta & Motosikal (3 jam) - Lesen 'L'
   - Setiap hari kecuali ada ujian JPJ

5) Latihan Memandu 8 jam Kereta & Motosikal
    (Bhg II & Bhg III) setelah mendapat 'L' di item no.4
- Setiap hari kecuali ada ujian JPJ

Prosedur Latihan Teori & Ujian Memandu

Peringkat Pembelajaran / Tempat / Dokumen yang diperlukan


1) Ujian Buta Warna
    Tempat : Bilik Kuliah Institut Memandu Kota Gading
    Dokumen diperlukan : Buku Buta Warna & Mykad Calon


2) Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) - 5 jam
    Tempat : Bilik Kuliah Institut Memandu Kota Gading
    Dokumen diperlukan : Mykad Calon & Tandatangan buku kehadiran Sijil KPP


3) Ujian Undang-Undang Berkomputer
    Tempat : AS (Pusat Swasta)
    Dokumen diperlukan : Mykad Calon


4) Latihan Asas Bengkel : Teori & Amali - 3 jam
    Tempat : Bilik Kuliah Institut Memandu Kota Gading
    Dokumen diperlukan : -


5) Latihan Asas Amali - 3 jam
    Tempat : Institut Memandu Kota Gading
    Dokumen diperlukan : Tandatangan Borang Sm4 (Lesen 'L')


6) Latihan Asas Memandu - 8 jam
    Tempat : Litar Institut Memandu Kota Gading / Jalan Raya
    Dokumen diperlukan : Tandatangan Borang Sm4


7) Penilaian Memandu (Q.T.I) - 2 jam
    Tempat : Litar Institut Memandu Kota Gading
    Dokumen diperlukan : Tandatangan Borang Sm4 & Penilaian


8) Ujian Amali Memandu Bersama Pegawai JPJ (Motor/Kereta)
    Tempat : Litar Institut Memandu Kota Gading / Jalan Raya
    Dokumen diperlukan : Mykad Calon, Borang Sm4, Lesen 'L' & Kad Ujian (JPJL3)

Kelas lesen yang ditawarkan di IMKG

1) B2 Motosikal (Perseorangan) ; tidak melebihi 250cc
Had umur : 16 tahun ke atas
Bahagian I
-Ujian undang-undang berkomputer (AS)
Bahagian II
-Ujian meniti di atas simen
-Rintangan antara kon
-Brek kecemasan
-Pusingan angka '8'
-Selekoh tajam
-Laluan tidak rata "Bumpy" (B Sahaja)
Bahagian III
-Ujian di laluan litar


2) D Motokar ; berat tanpa muatan tidak melebihi 3000kg
Had umur : 17 tahun ke atas
Bahagian I
-Ujian undang-undang berkomputer (AS)
Bahagian II
-Mendaki dan menuruni bukit
-Meletak kereta secara masuk belok
-Pusingan tiga penjuru
Bahagian III
-Ujian di jalan raya

Perihal Syarikat

Latar belakang syarikat pengendali

- Ditubuhkan pada 30 Mei 2005
- Menawarkan perkhidmatan dan menyediakan infrastruktur dan fasiliti dalam bidang perlesenan kenderaan
- Objektif yang dipegang oleh syarikat :
i) Memupuk kesedaran dan melahirkan pemandu yang berhemah serta patuh pada undang2 jalanraya

ii) Memberi kesenangan kepada para penduduk luar bandar dari segi kos pengangkutan & masa
Lokasi

- Terletak di Tondong (bersebelahan dengan Kem Latihan Khidmat Negara Puncak Permai.

- Strategik untuk penduduk disekitar Bau, Lundu, Sematan, Batu Kawa, Matang dan Singai.

- Jarak Institut dari beberapa daerah-daerah dan kawasan ;
a) Pekan Bau 10km
b) Lundu 45km
c) Biawak 70km
d) Sematan 60km
e) Batu Kawa 14km
f) Matang 30km